Tuesday, February 8, 2011

Cup Cake Untuk Majlis Aqiqah




Cup cake CMC dengan harga budget. Tempahan untuk majlis aqiqah baby girl Marshitah. 200 cup semuanya..jenuh juga aku nak menyiapkan tempahan nie. Maklumlah buat hari kerje..majlis hari Sabtu. Terima kasih la sebab bagi kepercayaan kat akak..semoga majlis berjalan lancar dan penuh berkat. Terima kasih sebab puas hati...tu yang pentingkan..jangan serik nak order lain kali...thanks for your support

Chocolate Moist Cake Dengan Princess Image



Chocolate Moist Cake nie Kak Maimunah mintak untuk birthday anak perempuannya yang sulung..genap 8 tahun. Anaknya minat sangat dengan cartoon princess...pastu nak colour pink. Suke sangat dia dengan kek nie. Semoga jadi anak yang baik dan solehah..belajar rajin2 ye, auntie doakan semoga seluruh keluarga Aliah nie dilimpahkan rezeki...harap K. Mai puas hati...nanti nak buat birthday anak dara yang lagi sorang tu..boleh la saya buat lagi kek cam nie yek..

Apam Blossom Pokka Dot



Apam ni untuk makan-makan...dia minta letak inti blueberry dlm 50 pcs. Di tempah oleh Wani dari Batu Muda Jalan Ipoh. Dia suka dengan corak pokka dot yang colourful tu...comel sangat katanya. Terima kasih..harap berpuas hati.



Apam 50 pcs tanpa inti. K.Gee nak bawa ke rumah kawan sebagai buah tangan. Terima kasih K.Gee sebab jadi regular customer saya..terima kasih sebab banyak bagi sokongan dan tolong promote kat kawan2.



Atikah order 50 pcs juga tanpa inti...untuk makan sendiri aje katanya, pun terpikat sebab apam nie nampak cute dengan corak dot-dot tu. Terima kasih sebab sudi mencuba..harap puas hati jugak la ye...jangan segan2 kalau nak lagi..

Friday, February 4, 2011

Chocolate Bear

Coklat bear yang cute ni diminta oleh kawan-kawan Kak Gee. Ada yang nak bagi kat anak sempena birthday..ada juge nak buat buah tangan utk anak buah. Apa pun..terima kasih.