Thursday, May 19, 2011

Gift Untuk kawan2



4 pcs praline ni di tempah oleh Wahidah utk dihadiah kat kawan2 tempat kerja sementaranya...atas kejayaan mendapat offer belajar kat USM Kelantan...tahniah Wahidah...moga success

Wednesday, May 11, 2011

CC Untuk Ibu Amirah



CC  ni ditempah oleh Amirah...buat ibu tersayang jugak...nak colour tema biru pink...tq...cantik juga kombinasi colour ni.

CC Sempena Hari Ibu



CC yg simple tapi comel ni istimewa buat IBU tersayang...Eiqa nak bagi surprise kat mak dia...suka sangat mak dia dpt cute cup cake tu. Tq Eiqa...hope puas hati

Chocolate CC



Ni chocolate cup cake...Mas nak bagi kat tunang dia...so sweet...dia nak simple deco je. Puas hati dengan rasa kek tu..Tq Mas sebab bagi sokongan...nanti order utk kawin plak tau.

35 pcs Choc. Praline


Choc ni ditempah oleh Yati sempena birthday hubby yg tercayang...tema biru putih..soft je colour ni. Dia puas hati...alhamdulillah...tq ye sebab bagi sokongan.

Friday, May 6, 2011

Chocolate Love Box


Love box ni khas buat Amirah...happy birthday..moga panjang umur, murah rezeki & jadi anak yg solehah..amin..

Door Gift Kahwin Idham


Huh...jenuh nak siapkan door gift nie...sempena kahwin Idham. Terima kasih pada yg menempah coklat ni ye...harap puas hati...nanti order lagi...

Birthday Choc Arryana


Khas utk anak Eila...sempena birthday yg ke-3 tahun...moga sihat dan untie doakan moga arryana jadi anak yg baik & solehah..amin..

Daisy Lollichoc

Di tempah oleh cikgu Rozita dr PJS1 Petaling Jaya...door gift utk budak2 sempena birtday anaknye..


terima kasih...hope puas hati.

Tuesday, February 8, 2011

Cup Cake Untuk Majlis Aqiqah




Cup cake CMC dengan harga budget. Tempahan untuk majlis aqiqah baby girl Marshitah. 200 cup semuanya..jenuh juga aku nak menyiapkan tempahan nie. Maklumlah buat hari kerje..majlis hari Sabtu. Terima kasih la sebab bagi kepercayaan kat akak..semoga majlis berjalan lancar dan penuh berkat. Terima kasih sebab puas hati...tu yang pentingkan..jangan serik nak order lain kali...thanks for your support

Chocolate Moist Cake Dengan Princess Image



Chocolate Moist Cake nie Kak Maimunah mintak untuk birthday anak perempuannya yang sulung..genap 8 tahun. Anaknya minat sangat dengan cartoon princess...pastu nak colour pink. Suke sangat dia dengan kek nie. Semoga jadi anak yang baik dan solehah..belajar rajin2 ye, auntie doakan semoga seluruh keluarga Aliah nie dilimpahkan rezeki...harap K. Mai puas hati...nanti nak buat birthday anak dara yang lagi sorang tu..boleh la saya buat lagi kek cam nie yek..

Apam Blossom Pokka Dot



Apam ni untuk makan-makan...dia minta letak inti blueberry dlm 50 pcs. Di tempah oleh Wani dari Batu Muda Jalan Ipoh. Dia suka dengan corak pokka dot yang colourful tu...comel sangat katanya. Terima kasih..harap berpuas hati.



Apam 50 pcs tanpa inti. K.Gee nak bawa ke rumah kawan sebagai buah tangan. Terima kasih K.Gee sebab jadi regular customer saya..terima kasih sebab banyak bagi sokongan dan tolong promote kat kawan2.



Atikah order 50 pcs juga tanpa inti...untuk makan sendiri aje katanya, pun terpikat sebab apam nie nampak cute dengan corak dot-dot tu. Terima kasih sebab sudi mencuba..harap puas hati jugak la ye...jangan segan2 kalau nak lagi..

Friday, February 4, 2011

Chocolate Bear

Coklat bear yang cute ni diminta oleh kawan-kawan Kak Gee. Ada yang nak bagi kat anak sempena birthday..ada juge nak buat buah tangan utk anak buah. Apa pun..terima kasih.

Sunday, January 9, 2011

Tempahan Door Gift Birthday






Door gift khas buat tetamu.Tempahan pertama (1.1.11) , pembuka tirai untuk tahun 2011 Lollichoc & praline chocolate ini di order oleh Pn. Surizat dr Puchong. Terima kasih kerana puashati dgn hasil yg diterima.

Sunday, January 2, 2011

COKLAT PRALINE 30 pcs

Tempahan dari Kak Fuziah,Wangsa Maju. Terima kasih...nanti order lagi...

Anda suka makan coklat?? Mari kita berkongsi sikit info tentang koko.

Coklat adalah nama sebuah makanan yang diolah dari biji koko. Coklat umumnya diberikan sebagai hadiah atau pemberian pada hari-hari istimewa. Dengan bentuk, corak, dan rasa yang unik, coklat sering digunakan sebagai ungkapan terima kasih, simpati, atau prihatin hingga ke pernyataan cinta. Dari dahulu, coklat bukan bermula sebagai makanan (kecil), tetapi minuman dengan rasa yang istimewa.
Coklat dihasilkan dari koko (Theobroma cacao) yang mula-mula tumbuh di daerah Amazon utara melunjur ke Amerika Tengah yang berkemungkinan hingga ke Chiapas, bahagian paling selatan Mexico. Orang-orang Olmec memanfaatkan pokok tersebut dan, mungkin juga, membuat “coklat” di sepanjang pantai teluk di selatan Mexico sekitar 1000 tahun SM. Peradaban pertama yang mendiami daerah Meso-Amerika itu mula mengenal pokok “kakawa” yang buahnya digunakan sebagai minuman.

Nak tau kebaikan yang ada pada coklat??

TIDAK MENGGEMUKKAN

Rasa coklat masih sukar diertikan. Dalam buku Emperors of Chocolate, Joel Glenn Brenner menggambarkan rahsia terkini tentang rasanya. Rasa coklat dibentuk dari campuran 1,200 jenis zat, tanpa satu rasa yang dominan. Malah, sebahagian dari zat itu pun rasanya sangat tidak sedap sekiranya. Disebabkan itu, sehingga sekarang masih tiada coklat tiruan.
Antara zat-zat penghasil rasa coklat terdapat lemak. Takat lebur lemak koko ini hanya sedikit bawah suhu normal tubuh manusia. Jika sepotong coklat dimakan, lemak itu cair di dalam mulut. Cairnya lemak koko menimbulkan rasa lembut di mulut. Lemak koko tidak langsung diserap tubuh kerana bukan dari jenis yang menggemukkan tubuh.
Walaupun tak dapat digantikan, pemalsuan sering dilakukan. Koko adalah bahan yang mahal, apatah lagi dibandingkan dengan gula atau minyak nabati. Maka, tidak hairan kalau dapur konvensional terpaksa memilih kedua-dua bahan ini untuk menggantikan koko. Disebabkan itu, tidak banyak coklat di pasar “coklat”.
Lemak koko sering digantikan dengan minyak yang lebih murah, seperti lesitin atau minyak kelapa sawit. Selain soal harga, dengan kedua-dua bahan ini, pelapisan coklat menjadi lebih mudah. Perbandingan koko pejal, komponen tidak berlemak pada biji yang digiling juga cenderung rendah. Dalam bar coklat, misalnya, sekitar 20% gula-gula itu diisi coklat.
Coklat premium, di sisi lain, biasanya mengandungi sekitar 50 - 70% coklat padat. Disebabkan coklat mengandung lebih gula dan mungkin juga sedikit minyak nabati, coklat pekat ini mengandung lebih sedikit kalori dari produk coklat pada umumnya. Maka, apabila para pennggemar coklat sering “protes” gara-gara coklat disalahkan untuk masalah yang sebenarnya disebabkan oleh penggunaan gula berlebihan.
Coklat selama ini dianggap sebagai makanan junk yang tidak mempunyai nilai pemakanan malah boleh memudaratkan kesihatan badan. Oleh yang demikian, kajian-kajian telah dijalankan bagi mendapatkan fakta sebenar. Hasil daripada kajian-kajian tersebut telah membukitkan beberapa kenyataan berkaitan kebaikan dan khasiat coklat.

Coklat bukan sahaja sejenis makanan yang berkhasiat tetapi juga menyumbang kepada pemakanan yang seimbang berdasarkan kepada asas pemakanan berikut:-
• Lemak merupakan 35% pengambilan tenaga secara purata
• Protein kira-kira 15% daripada pengambilan tenaga
• Karbohidrat kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga

Maka coklat boleh menyumbangkan:-
• 15% Lemak
• 6% Protein
• 17% Karbohidrat
• 15% Tenaga
• ++ Vitamin dan Mineral yang diperlukan

LEMAK KOKO DALAM COKLAT MERENDAHKAN PARAS KOLESTEROL


Lemak koko dalam coklat mengandungi 38.2% asid oleik iaitu sejenis asid lemak tidak tepu yang berperanan merendahkan paras kolesterol di dalam darah.
Sementara asid sterik iaitu asid lemak tepu yang terkandung di dalam lemak koko pula mempunyai kesan neutral terhadap paras kolesterol

BAHAN ANTI-KEROSAKAN GIGI

Melalui kajian yang dijalankan didapati bahawa coklat mengandungi bahan anti-kerosakan gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalik.
Tannin ialah sejenis bahan yang menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak dan asid di dalam mulut. Asid yang terhasil daripada proses pemecahan makanan oleh bakteria merupakan punca kerosakan gigi. Plak adalah sisa-sisa makanan yang melekat pada gigi akibat tindakan bakteria.
Kasein di dalam coklat pula bertindak mengurangkan kerosakan gigi dengan menghalang pertumbuhan plak dan seterusnya mengurangkan pengeluaran asid.
Kasein juga membantu dalam pertumbuhan gigi.
Asid oksalik merencatkan pengeluaran enzim bakteria dan seterusnya menghalang pengeluaran asid.

COKLAT MUDAH CAIR DALAM MULUT

Lemak koko yang merupakan bahan asas di dalam coklat mempunyai ciri-ciri kecairan yang membolehkan ia mudah cair di dalam mulut. Pertumbuhan plak gigi terhalang kerana coklat tidak tersimpan lama di dalam mulut.

COKLAT MENGURANGKAN RISIKO SAKIT JANTUNG

Coklat dan serbuk koko mengandungi phenol sejenis bahan kimia yang membantu mengurangkan risiko sakit jantung. Phenol bertindak dengan menghalang lemak seperti zat di dalam aliran darah daripada teroksida dan menyumbat arteri.

COKLAT MAKANAN PENUH TENAGA

Coklat mengandungi nilai tenaga yang tinggi dalam bentuk mudah dan padat. Oleh itu, ia amat sesuai dijadikan makanan gantian semasa menjalankan aktiviti luar seperti mengembara, mengikuti ekspedisi pendakian, bersukan serta aktiviti-aktiviti rekreasi yang lain. Coklat merupakan bekalan makanan mudah yang boleh dimakan bila-bila masa dan di mana jua.


PERBANDINGAN KOKO

Sejumlah besar koko yang dinikmati dalam bentuk coklat, lazat rasanya dan mengandungi kebaikan semula jadi. Secara perbandingan, sekeping coklat susu mengandungi lebih kandungan protein berbanding dengan sebiji pisang, sebatang lobak merah, sebiji oren, sebiji epal atau sejumlah kismis dengan berat yang sama. Kajian telah membukitkan bahawa coklat mengandungi khasiat makanan yang seimbang.

Sumber: Chocolate: Facts On Health and Nutrition For Educators dan Health Professionals, Chocolate Manufacturers Association of the U.S.A.


Minuman koko mengandungi kafein yang lebih rendah berbanding dengan minuman-minuman lain yang terdapat di pasaran.

Sumber: Bowes and Church's Food Values of Portions Commonly Consumed, 14th Ed., 1985. The Latest Caffein Scorecard, HHS Publication No. (FDA 84-2184, 1984)