Sunday, January 2, 2011

Anda suka makan coklat?? Mari kita berkongsi sikit info tentang koko.

Coklat adalah nama sebuah makanan yang diolah dari biji koko. Coklat umumnya diberikan sebagai hadiah atau pemberian pada hari-hari istimewa. Dengan bentuk, corak, dan rasa yang unik, coklat sering digunakan sebagai ungkapan terima kasih, simpati, atau prihatin hingga ke pernyataan cinta. Dari dahulu, coklat bukan bermula sebagai makanan (kecil), tetapi minuman dengan rasa yang istimewa.
Coklat dihasilkan dari koko (Theobroma cacao) yang mula-mula tumbuh di daerah Amazon utara melunjur ke Amerika Tengah yang berkemungkinan hingga ke Chiapas, bahagian paling selatan Mexico. Orang-orang Olmec memanfaatkan pokok tersebut dan, mungkin juga, membuat “coklat” di sepanjang pantai teluk di selatan Mexico sekitar 1000 tahun SM. Peradaban pertama yang mendiami daerah Meso-Amerika itu mula mengenal pokok “kakawa” yang buahnya digunakan sebagai minuman.

Nak tau kebaikan yang ada pada coklat??

TIDAK MENGGEMUKKAN

Rasa coklat masih sukar diertikan. Dalam buku Emperors of Chocolate, Joel Glenn Brenner menggambarkan rahsia terkini tentang rasanya. Rasa coklat dibentuk dari campuran 1,200 jenis zat, tanpa satu rasa yang dominan. Malah, sebahagian dari zat itu pun rasanya sangat tidak sedap sekiranya. Disebabkan itu, sehingga sekarang masih tiada coklat tiruan.
Antara zat-zat penghasil rasa coklat terdapat lemak. Takat lebur lemak koko ini hanya sedikit bawah suhu normal tubuh manusia. Jika sepotong coklat dimakan, lemak itu cair di dalam mulut. Cairnya lemak koko menimbulkan rasa lembut di mulut. Lemak koko tidak langsung diserap tubuh kerana bukan dari jenis yang menggemukkan tubuh.
Walaupun tak dapat digantikan, pemalsuan sering dilakukan. Koko adalah bahan yang mahal, apatah lagi dibandingkan dengan gula atau minyak nabati. Maka, tidak hairan kalau dapur konvensional terpaksa memilih kedua-dua bahan ini untuk menggantikan koko. Disebabkan itu, tidak banyak coklat di pasar “coklat”.
Lemak koko sering digantikan dengan minyak yang lebih murah, seperti lesitin atau minyak kelapa sawit. Selain soal harga, dengan kedua-dua bahan ini, pelapisan coklat menjadi lebih mudah. Perbandingan koko pejal, komponen tidak berlemak pada biji yang digiling juga cenderung rendah. Dalam bar coklat, misalnya, sekitar 20% gula-gula itu diisi coklat.
Coklat premium, di sisi lain, biasanya mengandungi sekitar 50 - 70% coklat padat. Disebabkan coklat mengandung lebih gula dan mungkin juga sedikit minyak nabati, coklat pekat ini mengandung lebih sedikit kalori dari produk coklat pada umumnya. Maka, apabila para pennggemar coklat sering “protes” gara-gara coklat disalahkan untuk masalah yang sebenarnya disebabkan oleh penggunaan gula berlebihan.
Coklat selama ini dianggap sebagai makanan junk yang tidak mempunyai nilai pemakanan malah boleh memudaratkan kesihatan badan. Oleh yang demikian, kajian-kajian telah dijalankan bagi mendapatkan fakta sebenar. Hasil daripada kajian-kajian tersebut telah membukitkan beberapa kenyataan berkaitan kebaikan dan khasiat coklat.

Coklat bukan sahaja sejenis makanan yang berkhasiat tetapi juga menyumbang kepada pemakanan yang seimbang berdasarkan kepada asas pemakanan berikut:-
• Lemak merupakan 35% pengambilan tenaga secara purata
• Protein kira-kira 15% daripada pengambilan tenaga
• Karbohidrat kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga

Maka coklat boleh menyumbangkan:-
• 15% Lemak
• 6% Protein
• 17% Karbohidrat
• 15% Tenaga
• ++ Vitamin dan Mineral yang diperlukan

LEMAK KOKO DALAM COKLAT MERENDAHKAN PARAS KOLESTEROL


Lemak koko dalam coklat mengandungi 38.2% asid oleik iaitu sejenis asid lemak tidak tepu yang berperanan merendahkan paras kolesterol di dalam darah.
Sementara asid sterik iaitu asid lemak tepu yang terkandung di dalam lemak koko pula mempunyai kesan neutral terhadap paras kolesterol

BAHAN ANTI-KEROSAKAN GIGI

Melalui kajian yang dijalankan didapati bahawa coklat mengandungi bahan anti-kerosakan gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalik.
Tannin ialah sejenis bahan yang menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak dan asid di dalam mulut. Asid yang terhasil daripada proses pemecahan makanan oleh bakteria merupakan punca kerosakan gigi. Plak adalah sisa-sisa makanan yang melekat pada gigi akibat tindakan bakteria.
Kasein di dalam coklat pula bertindak mengurangkan kerosakan gigi dengan menghalang pertumbuhan plak dan seterusnya mengurangkan pengeluaran asid.
Kasein juga membantu dalam pertumbuhan gigi.
Asid oksalik merencatkan pengeluaran enzim bakteria dan seterusnya menghalang pengeluaran asid.

COKLAT MUDAH CAIR DALAM MULUT

Lemak koko yang merupakan bahan asas di dalam coklat mempunyai ciri-ciri kecairan yang membolehkan ia mudah cair di dalam mulut. Pertumbuhan plak gigi terhalang kerana coklat tidak tersimpan lama di dalam mulut.

COKLAT MENGURANGKAN RISIKO SAKIT JANTUNG

Coklat dan serbuk koko mengandungi phenol sejenis bahan kimia yang membantu mengurangkan risiko sakit jantung. Phenol bertindak dengan menghalang lemak seperti zat di dalam aliran darah daripada teroksida dan menyumbat arteri.

COKLAT MAKANAN PENUH TENAGA

Coklat mengandungi nilai tenaga yang tinggi dalam bentuk mudah dan padat. Oleh itu, ia amat sesuai dijadikan makanan gantian semasa menjalankan aktiviti luar seperti mengembara, mengikuti ekspedisi pendakian, bersukan serta aktiviti-aktiviti rekreasi yang lain. Coklat merupakan bekalan makanan mudah yang boleh dimakan bila-bila masa dan di mana jua.


PERBANDINGAN KOKO

Sejumlah besar koko yang dinikmati dalam bentuk coklat, lazat rasanya dan mengandungi kebaikan semula jadi. Secara perbandingan, sekeping coklat susu mengandungi lebih kandungan protein berbanding dengan sebiji pisang, sebatang lobak merah, sebiji oren, sebiji epal atau sejumlah kismis dengan berat yang sama. Kajian telah membukitkan bahawa coklat mengandungi khasiat makanan yang seimbang.

Sumber: Chocolate: Facts On Health and Nutrition For Educators dan Health Professionals, Chocolate Manufacturers Association of the U.S.A.


Minuman koko mengandungi kafein yang lebih rendah berbanding dengan minuman-minuman lain yang terdapat di pasaran.

Sumber: Bowes and Church's Food Values of Portions Commonly Consumed, 14th Ed., 1985. The Latest Caffein Scorecard, HHS Publication No. (FDA 84-2184, 1984)

No comments:

Post a Comment